KUCHING: Pindaan Ordinan Elektrik Sarawak yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Selasa membolehkan pemilik rumah yang mempunyai panel solar dengan kapasiti pengeluaran sehingga 50 kilowatt (KW) di kediaman mereka menjual lebihan elektrik kepada grid bekalan utama.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata undang-undang itu akan memberi sumber pendapatan baharu kepada pemilik rumah dan pada masa sama tiada lesen diperlukan untuk pemasangan panel dengan kapasiti tersebut.
"Ini juga akan menjadi sumber tambahan kuasa bersih kepada sumber boleh diperbaharui lain terutamanya tenaga hidro," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook rasminya, Sarawakku, semalam.
Kenyataan itu menyebut beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam anjuran Persatuan Jurutera Perunding Bumiputera Sarawak di Denpasar, Bali, Indonesia dan beliau kini menghadiri Persidangan ke-41 Persekutuan Pertubuhan Jurutera ASEAN (AFEO) selama tiga hari di sana.
Beliau berkata undang-undang baharu itu akan membuka lebih banyak peluang kepada kumpulan jurutera di Sarawak kerana rumah memerlukan reka bentuk baharu selaras dengan dasar baharu itu yang disifatkannya sebagai sesuatu yang bersejarah.
Mengenai pindaan Ordinan Pengagihan Gas negeri yang turut diluluskan DUN pada Selasa, beliau berkata ia merupakan pindaan penting dan bersejarah yang akan memberi kuasa kepada Petros, syarikat minyak dan gas negeri untuk menjadi 'agregator' gas tunggal di Sarawak.
"Undang-undang itu akan menjadikan Petros, entiti tunggal yang bertanggungjawab untuk pengedaran gas di Sarawak sejajar dengan inisiatif Pelan Hala Tuju Gas negeri yang akan melibatkan kedua-dua gas petroleum cecair (LPG) dan bahan mentah gas luar pesisir kepada industri hiliran," katanya.
Beliau menambah hal itu turut membuka peluang kepada jurutera Sarawak memandangkan pelbagai bentuk perkhidmatan dan kepakaran kejuruteraan diperlukan untuk merealisasikan objektif pelan tersebut.
Abang Johari yang tiba di Bali petang Selasa bersama rombongannya akan menerima Anugerah Felo Kehormat oleh AFEO dan kemudian menyampaikan ucapan ringkas kepada 1,000 perwakilan dari 10 negara ASEAN.
Mengiringi beliau Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan negeri Datuk Zaidel Lariwoo dan para pegawai kanan kerajaan Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2023
Abang Johari berucap pada majlis makan malam anjuran Persatuan Jurutera Perunding Bumiputera Sarawak di Denpasar, sempena Persidangan ke-41 AFEO di Bali. - Foto Sarawakku
Apa itu Nakba? Ini 7 fakta berdasarkan rekod PBB dan 6 fakta dijana AI
Tulisan ini mengandungi tujuh perkara anda perlu ingat mengenai malapetaka Nakba, dan enam lagi kesimpulan mengenai Nakba yang dihimpun oleh kecerdasan buatan (AI).
Mediasi tiga pemimpin DAP, Siti Mastura gagal, perbicaraan diteruskan
Tiga pemimpin DAP serta Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad, gagal mencapai persetujuan untuk menyelesaikan saman fitnah melalui proses mediasi.
KKM keluar 4,133 kompaun kesalahan merokok bernilai RM1.02 juta
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.
PM arah tanam semula 100 pokok baharu ganti setiap pohon ditebang
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh untuk menanam semula 100 pokok baharu bagi menggantikan satu pohon yang ditebang.
PM cadang pertimbang tahanan rumah Najib selepas kes 1MDB selesai
Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selesai.
Bekas pengerusi syarikat didakwa subahat guna dokumen palsu
Bekas pengerusi syarikat pengeluar getah, GIIB Holdings Berhad, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan bersubahat menggunakan dokumen palsu.
Belia perlu ada integriti, harga diri, maruah - Adam Adli
Belia perlu ada integriti, harga diri, maruah - Adam Adli
Jumlah jawatan bagi ST1 2024 meningkat 1.5 peratus kepada 8.94 juta - DOSM
Jumlah jawatan pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) meningkat sebanyak 1.5 peratus dari tahun ke tahun kepada 8.94 juta jawatan.
Dakwaan SPRM tahan lima ADUN Perlis tidak benar - Azam Baki
SPRM menafikan dakwaan mengenai penahanan terhadap lima ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis.
Puspal tiada kuasa tetapkan harga tiket konsert - Fahmi
Puspal berperanan untuk meneliti permohonan daripada penganjur konsert dan acara atau syarikat perfileman yang ingin membuat penggambaran dalam negara melibatkan artis luar.
Duta AS lihat potensi kerjasama dengan Sarawak dalam pembangunan tenaga bersih
Kagan berkata kerjasama baharu boleh diteroka memandangkan Sarawak telah bergerak ke hadapan terutama dalam pembangunan hidrogen sebagai tenaga bersih.
Mendiang Mutang Tagal pemimpin adil kepada semua - Abang Jo
Mendiang Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia semalam merupakan seorang pemimpin yang adil kepada semua masyarakat.
Sarawak akan bincang dengan Peguam Negara mengenai istilah 'negeri'
Ia bagi menetapkan istilah terbaik untuk menggantikan perkataan 'negeri' dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak, berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
Pelabur perlu deposit RM2 juta jika mahu berhijrah ke Sarawak - Abang Jo
Premier Sarawak bersetuju dengan cadangan bahawa pelabur yang berminat untuk berhijrah ke negeri itu perlu mendeposit sekurang-kurangnya RM2 juta.
KKM tubuh jawatankuasa rangka mekanisme bangun semula klinik kesihatan di Sarawak
Kementerian Kesihatan (KKM) telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi merangka mekanisme bagi pembangunan semula klinik-klinik kesihatan di Sarawak, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Kampung Datu Lama akan dibangun semula - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan membangunkan semula Kampung Datu Lama yang merupakan perkampungan tradisional Melayu di Sibu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak tumpuan pelbagai kaum
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini, menjadi tumpuan masyarakat pelbagai kaum.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
Projek Kereta Api Trans Borneo: Sarawak belum dimaklumkan secara rasmi - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beliau hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan media baru-baru ini.
PETRA tubuh jawatankuasa penyelaras, pantau pelaksanaan projek air di Sarawak
Cadangan tersebut juga dipersetujui bersama Abang Johari semasa Fadillah mengadakan kunjungan hormat ke atas beliau pada Isnin.